7CAHAYA- Alkisah ada sebuah cerita seorang pemuda yang pekerjaannya
yaitu menggali kubur dan mencuri kain kafan
untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang
alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat
kepada Allah SWT.
NB: FOTO ILUSTRASI BELAKA
Dia berkata,
“Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7
perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat
insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”
-Yang pertama, “aku lihat mayat yang pada siang
harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada
waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi
begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
-“Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah
mensyirikkan Allah SWT sewaktu hidupnya. Lantaran Allah SWT menghinakan mereka
dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membedakan mereka
daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
-Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat
wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahat. Tatkala
malam hari ketika aku menggali kubur mereka, aku melihat wajah mereka telah
berubah menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
-Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka
itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.
Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika
shalatnya sempurna, maka sempurnalah amalan-amalan
kita yang lain,”
-Pemuda itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru,
golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan
seperti biasa saja. Apabila aku menggali kubur nya pada waktu malam, ku lihat
perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
-Jawab ahli ibadah tersebut “Mereka itulah golongan
yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu
lagi.
-Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya
bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai
tuan guru?”
-Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan
manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya
Allah SWT sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
-“Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang,
hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh
badannya,” sambung pemuda itu.
-“Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar
memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan
tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah SAW pernah
bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah
termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
-“Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat,
sewaktu siangnya lahatnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali
semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air
hitam yang amat busuk baunya,”
-“Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba
sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
-“Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat,
mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian
halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
-Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda, mereka
itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya
sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di
sisi Allah SWT baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya. Ingatlah, sesungguhnya
daripada Allah kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan kembali. Kita akan
di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun
amalan sebesar zarah.
-Setelah Anda membaca kisah ini. Sampaikan atau
hantarkan kepada sahabat dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang
sedikit ini diambil kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak. Aamiin.

0 komentar:
Posting Komentar